@ Salam 1 Malaysia buat semua rakyat Malaysia yang harmoni. Kat sini aku nak cerita sikit kisah aku tentang kehilangan kereta pertamaku. Al- kisah pada 25 Mei 2013 pada waktu pagi ketika aku turun dari rumah flat aku kt seksyen 7 shah alam untuk keluar mencari sesuap nasi. Tapi tiba2, kereta ku yg telah di parking dia bawah flat dah tiada. Puas Aku mencari.................
Pusing 1 Blok, Pusing 2 Blok, Pusing 3 Blok, tapi yang tinggal hanyalah harapan dan habuk2 jalan2..
So, aku bgtau laa kawan2 then kami pun cari2 laaa area situ...tapi tak jumpa jgk... Sedihnyaa...mcm nk nangis rasa..tapi aku lelaki, takkan nk menitiskan air mata...sebak di dada jer laaa...isk..iskk..iskkk..
So, Kami tunggu 24 jam dan kemudian g buat report polis kt Balai polis Seksyen 7 Pusat Komersial.. Kemudian polis tue suruh pegi IPD s.alam plak kt seksyen 9 utk bt laporan seterusnya..
Bila pergi jer ke sana, IO (Inspektor Officer) pun amik report, pastu dia bising kenapa tak buat report on the spot?? Kami pun jawab laa, :Bukan kena tunggu dulu 24 jam ker?? Dia ckp yg tue kalau ORANG yg hilang..nie KERETA...Hadoihh..Baru laa aku taw kena bt report on the spot. SO, sesapa yg kereta hilang, sila buat Laporan Polis dgn Segera yer... So, kat sini aku nk kongsi sikit laa ngn korang klu senasib ngan aku "APA YANG PATUT KITA BUAT KALAU KERETA HILANG"
- >> So, bila kereta hilang, Pertama sekali kita kena terus p buat report polis di balai polis berdekatan. & Call bank yg korang bt loan (klu yg masih hutang laa)
- >> Kemudian, telefon segera syarikat Insuran Kereta anda sendiri (contohnya : Takaful Ikhlas, MAA Insurance, Etiqa Takaful, AMI Insurance, dll ). Bgtau diorg tentang kereta korang dah hilang & dah buat laporan polis. Kemudian, nnt kena isi form utk kes Kehilangan Kereta untuk tuntutan.
- >> Semasa membuat laporan di pihak insuran, antara dokumen yang diperlukan adalah;
- Salinan I/C & Lesen Pemilik Kenderaan (Owner Sendiri)
- Salinan I/C & Lesen Pemandu ( Org yg last membawa kereta sebelum hilang)
- Salinan Report Polis & Resit (Kuning)
- Kunci-Kunci kereta (jika 1 hilang, sila buat surat tentang kehilangan kunci)
- Borang Tuntutan Dari Pihak insuran utk claim kereta.
- Salinan Geran Kereta.
- Salinan Polisi Insurans.
4. >> Selepas menghantar semua dokumen, pastikan syarikat insuran terima semua dokumen2 di atas yg korang hantar klu melalui pos la.klu by hand, kompem laa diorg terima. Ok. Lepas seminggu or 2 mggu, Adjuster akan kal korang utk berjumpa & interview korang pasal kereta yg di curi. Jangan risau, Adjuster nie yang akan tolong kita utk process claim and diorang lah yg menentukan berapa amount yang kita boleh claim. So, bodek2 laa Adjuster nie sket supaya Claim korang dapat harga tinggi sket. tapi ,sebenarnya harga tue bergantung pada nilai semasa. which one is lower. contohnya , nilai cover korg RM40K, nilai semasa RM36K, so, korang hanya boley dapat Max RM36K sahaja..
5. >> . Lebih kurang 2 minggu lepas adjuster jumpa kita surat dari company insurans akan offer berapa mereka nak bagi beserta beberapa surat yg perlu kita isi antaranya surat yg perlu dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah pergi mahkamah murah RM4.00 je (tapi masa jumpa pesuruhjaya sumpah bawalah sekali salinan repot polis berserta dokumen2 yg telah dan sedang kita berurusan sebab ada pesuruhjaya yg protokol sikit macam aku tunjukkan dokumen offer berserta surat2 yg akan dihantar kembali ke syarikat insuran berserta salinan repot polis), setem hasil RM10.00, isi borang JPJK3, borang yg perlu di sain & cop bank yg kita hutang berserta gran (jika dipegang oleh kita) dan kunci kereta semua di pos ke pegawai yg mula2 kita berhubung tu atau kalau dekat pergi terus ke syarikat insuran tersebut jumpa beliau personally, aku guna pos laju lepas seminggu aku call diorang surat dah sampai ke belum kemudian kena follow up mereka akan hantar ke department yg uruskan cek pula, tu pun aku dapatkan no direct call pegawai tu pula bila nak keluar cek, katanya seminggu yg akan di bayar terus kepada bank kita berhutang dengan cek tapi diorang guna pos juga dan memang benar lepas seminggu bank dah terima cek (tapi kena tunggu gaklah 3 hari cek clear pulak), lepas ni kita berurusan pula dengan bank untuk selesaikan baki yg ada, semua ni aku berurusan melalui phone.
So, Sekian sahaja Al-Kisah apa nak kena buat bila kereta kena curi. Harap dapat membantu kepada sesiapa yg senasib malang dengan aku.
#Pesanan utk korang yg masih bayar loan mcm aku, jangan stop bayar bulan2 even dah buat report sebab nnt akan jadi Bad Record dlm CCRIS korang dan akan mengakibatkan susah nak apply loan utk masa depan klu nk beli kete,rumah or personnel loan. Normally, bad record akan ok balik after 6 Months. Klu Pihak insurance dah kuarkan Cek, n pihak bank dah terima and dah clear dgn bank, baru korang boley stop bayar..
Peaceee YOooo!!!
Update terkini. . . . . 24 Jan 2014